Sekumpulan Epitaf \u0026 Surat-surat Yang Lewat By Karl Agan

Sekumpulan

Sudah agak lama saya tidak membaca sajak yang 'menangkap' sebegini.

Saya bayangkan kumpulan sajak ini bagaikan sekumpulan anak-anak remaja yang berteduh di bawah jambatan kayu sewaktu hujan lebat. Dalam dingin mereka termenung, merenung dan sesekali bercerita. Suara mereka rendah, seakan berbisik, tetapi bukanlah suara2 ketakutan. Anak-anak ini punya percakapan di dada masing-masingnya. Tetapi yang lebih memikat antara mereka adalah seorang pria yang pendiam dan dara yang manis tentunya. Mereka pandai berbahagi rasa, bahkan walaupun tanpa suara. Mereka gemar merenung jauh ke dalam mata masing-masingnya; dan penuh makna. Mereka bisa tersenyum tentunya, tapi lebih selalu mereka menyimpan rasa. Dan kita, yang tadinya cuma ingin menonton mereka dari jauh, tiba-tiba menyerap masuk ke dada mereka. Dan tanpa sedar, menjadi sebahagiannya. Atau, kitalah sebenarnya mereka.

Puisi-puisi Karl Agan tidaklah begitu mencabar pembacaan, malah kelihatanya dia malahan tidaklah cuba mencabar apa-apa. Bahasanya mudah, lembut dan manis. Kekuatan sajak-sajak dalam kumpulan puisi ini ialah keupayaan penyair menaratifkan pengalaman batini akan makna dari segala yang mengisi perjalanan dirinya dengan imej dan sudut pandang yang memikat. Dan paling istimewa tentulah bahasanya. Dia mengoptimumkan keupayaan bahasa melayu yang sedia dimaklumi merupakan bahasa yang cukup lembut dan berupaya bermain dengan unsur perasaan itu. Penyair menggauli bahasa dengan cemerlang.

Saya amat berharap kumpulan puisi ini akan dibaca dan dibincangkan oleh ahli-ahli sastera. Kadang-kadang kita perlu berehat dari berbincang malah berkhutbah akan perkara-perkara yang kita fikir besar seperti nasionalisme, kuasa, politik mahupun agama. Kadang-kadang yang kita perlukan adalah bisik-bisik tentang cinta dan kehidupan sekitarnya.

Untuk estetika kata. Cheers! Sekumpulan Epitaf \u0026 Surat-surat Yang Lewat Sepertimana malam perlukan bulan, begitulah karl untuk sebuah lautan puisi; yang kian terpejam. Sekumpulan Epitaf \u0026 Surat-surat Yang Lewat Ayatnya ringkas. Tak terlalu mencuba atau dipaksa. Rasa lahir dari dalam hati. Kau dapat rasa ceritanya pasal apa. Aku rasa sedih bila baca puisi Karl Agan. Lagi-lagi bab Mitos. Aku pun setuju, puisi hanyalah sebuah taman yang sunyi. Because when i'm sad, I write poems too. Sekumpulan Epitaf \u0026 Surat-surat Yang Lewat Saya rasa ini bacaan yang sempurna.

Personal favorites are Kucing and puisi tentang rama-rama di perut.

Tulisan Karl tak berbunyi pretentious, dan senang dihadam. Tak terlalu mencuba, tak rasa disogok-sogok ditolak ke dalam kerongkong.

Natural.

Feel itu sampai, masuk dan duduk lama dalam hati.

Syabas, saya dah jadi peminat! :) Sekumpulan Epitaf \u0026 Surat-surat Yang Lewat Tidak keterlaluan rasanya memberi nilaian lima. Puisi dan Karl Agan seolah-olah berkongsi satu nyawa. Puisinya benar-benar sesuatu. Ada jiwa. Tidak pasti Karl Agan sebahagian dari puisi atau puisi itu yang sebahagian dari Karl Agan, sebab benar-benar sebati.

Yang paling aku suka; 'Kunang-kunang', 'Mabuk Puisi', 'Saling Memeluk'.
Sekumpulan Epitaf \u0026 Surat-surat Yang Lewat

Karl Agan ini manis orangnya. Barangkali manisnya akibat dedahan radiasi yang terbias dari kilang gula di Batu Tiga. Aku berpendapat kebanyakan puisi Karl Agan ini dinukilkan pada waktu muka bumi ini bermandi hujan. Walaupun kadangkala aku berasa sedikit jemu dengan sifat keberulangannya akan perihal hujan, kopi dan rokok, namun itulah pemuisi, bermain dengan subjektiviti, dan itulah Karl Agan yang lazim aku kenal.

Mengenepikan akan sifat keberulangan aku sentiasa percaya hujan adalah antara subjek yang paling berjaya dalam peradaban seni lisan manusia. Lihat bagaimana hujan yang sengaja mengekori Brett Anderson, telah mencipta lagu When The Rain Falls yang tidak pernah jemu aku mainkan ketika musim hujan. Berbeza pula dengan Kurt Cobain yang membesar di Aberdeen, Washington, sebuah bandar yang kerap dilanda hujan sepanjang hari dan sepanjang tahun, telah memberi pengaruh besar terhadap mood dan melahirkan seorang yang berbakat namun akibatnya sentiasa dirundum masalah depresi serta melepaskan berontak ke dalam lagu-lagunya. Walaupun tidak memilih hujan sebagai subjek karangannya, dia telah dilabelkan sebagai ikon genre grunge.


(Ramalan cuaca 10 hari akan datang di Aberdeen)

Kebetulan aku membaca satu-persatu puisi ini ketika waktu hujan, secara tidak langsung aku turut dapat merasa serpihan jiwa penulis ketika mengarang puisi-puisi ini. Puisi-puisi Karl Agan tetap indah dan bagus biarpun dalam keberulangan, seberulangan esakan dan ngongoian saban hari sang awan di musim tengkujuh ini. Sekumpulan Epitaf \u0026 Surat-surat Yang Lewat Terima kasih untuk satu kegembiraan dan rasa berbaloi membeli. Terus menulis lagi-- huruf-huruf di keyboard saya juga sedang bergelimpangan seperti puisi Kunang-Kunang, tak tahu bagaimana mahu menulis kata puji. Sekumpulan Epitaf \u0026 Surat-surat Yang Lewat Well, sejujurnya saya nak kasi lima tapi saya kedekut sikit. Empat bintang. Err 4.5 mungkin.
You're good. Bagi saya, puisi ni tulisan hati, kalau awak jujur menulis, pembaca boleh rasa dan tafsirkan apa yang nak disampaikan.
Saya baca waktu rehat, waktu kerja, dalam satu jam lima belas minit, saya dapat rasa naik-turun-sedih-gembira. Sekejap senyum, sekejap lagi berkerut. Habis je muka surat akhir, saya senyum panjang dan niat terus untuk tulis review dekat goodreads.

Terima kasih dan saya puas hati. Silakan, baca dan feel it feel it! Sekumpulan Epitaf \u0026 Surat-surat Yang Lewat Sebetulnya saya sudah lama membaca BOKE dan berkira-kira mahu mengulasnya tetapi kata-kata hanya tertinggal pada ulas bibir saya, menghuni fikiran tanpa memaksanya menjadi sebuah catatan kecil di blog. Seperti sebuah penebusan dosa, seusai saya mencelah di antara helaian kertas dalam buku terbaru Karl, Sekumpulan Epitaf & Surat-surat yang Lewat, saya memutuskan menulis catatan ini, supaya ia tidak akhirnya menjadi hiasan pada ulas bibir saya atau bergelora hanya pada relung fikiran.

Ramai penulis memilih menulis puisi. Mungkin kerana ia tampil dengan jumlah kata-kata yang minimal serta menempati 140 patah kata pada Twitter. Dan puisi memenuhi gelas-gelas kesepian malam hari untuk dikongsi dengan pantas dan mempesonakan orang lain. Sedang mungkin cerpen dan novel memerlukan sejumlah pertarungan dengan ribuan kata-kata yang entah mungkin dibaca atau tidak. Ramai yang Mabuk Puisi seperti katamu,

|aku sangsi pada jari-jarimu|yang menanggalkan sendiri baju dari tubuhmu|barangkali kau terlebih mabuk|dan bibir gelasmu menyimpan lebih dari sekadar jujur|

Dan kadang-kadang mengkhuatirkan pembaca kerdil seperti saya, apakah puisi hanya akan menjadi jualan murah, mudah dibeli dan dijual, sedang dipakai oleh sebarang orang, yang mudah-mudah mengakui mereka penyair. Sungguh puisi tidak seharusnya sering tampil dalam makna serta penuh kata-kata payah susah, ia juga tidak harus tampil murah dan mudah yang saya percaya telah Karl ungkapkan dalam puisi Mabuk Puisi

|barangkali kau harus belajar mengampuni| dan tidak buru-buru menulis puisi| kerana puisi adalah lebih dari sekadar gerimis| mahu hujan di atas pentas| malah lebih dari sekadar doa-doa patah hati

Puisi telah ditulis ribuan penyair, sama ada puisi-puisi mereka pernah dibaca, dibukukan atau didengarkan. Dan berjuta-juta kata-kata telah dijemput menghuni puisi-puisi milik penyair ini. Namun, masihkah ada tempat untuk mencari kesegaran di dalam puisi sedangkan ia telah ditulis beribu-ribu kali oleh manusia, dengan pelbagai susunan, bentuk dan teknik? Ya, tentu sahaja ada. Bahasa sentiasa dinamik dan berubah bersamaan juga dengan manusia. Jika bahasa percakapan manusia juga mengalami evolusi apatah lagi bahasa persuratan. Tapi persoalannya bagaimana mencipta kesegaran dalam puisi? Persoalan itu saya biarkan melenyap ke dalam baris-baris puisi Karl Agan. Yang saya senangi dengan caranya sendiri, tidak berlebihan memasuki kata asing yang menjadi hiasan kurang perlu, sedang hampir sepenuh membongkar kekayaan bahasa melayu dan menyandingkan dalam baris yang bersesuaian untuk menyampaikan hasratnya.

Dewasa

Tubuhmu bukan lagi kampung|tapi sebuah kota yang hingar|di sini anak-anak kecil seperti kamu|jangan bermain di jalanan|nanti dilanggar kereta-kereta linyar|di sini tak boleh perlahan-lahan|tanda kurangkan laju hanya hiasan|

Karl, mengapa agaknya seseorang membaca puisi? Mungkin untuk mencari dirinya? Mungkin kerana tuntutan kerjanya? Mungkin kerana ia lebih ringkas berbanding prosa? Sedang saya membaca puisi untuk keseronokan kerana saya mudah tertarik kepada permainan kata-kata. Ia harus menghiburkan seseorang pembaca seperti saya. Tetapi tidak banyak permainan yang menyeronokkan kebelakangan ini. Sebuah taman permainan, ia tidak sepertinya harus diganti dengan permainan yang baru, barulah menjadi taman permainan yang menarik IA boleh sahaja menampilkan permainan yang lama tetapi memberi kesegaran dalam permainan lama ittu. Perkataan dan seleksi perbendaharaan kata yang Karl pilih, ya memang telah digunakan ribuan penyair tetapi saya masih lagi terhibur dan menyenanginya kerana cara Karl menyusun kalimat itu satu per satu dan perjalanan rima sajak yang harmoni. Saya kongsikan sebahagian sajak kegemaran saya,

Mengapa Selamat Malammu Berbunyi Seperti Selamat Tinggal

|masa depan adalah kotak yang| menyimpan seribu ketakutanmu| dan pertanyaanku yang selalu seperti apa harapanmu| bibirmu selalu penuh dengan esok| dan aku selalu mengucupnya| seperti malam ini adalah | malam terakhir

Ada yang memilih menulis puisi tentang sejarah, tentang politik, tentang hal-hal siasah, ketuhanan, agama dan idea. Sedang hal-hal yang dekat dengan diri manusia sendiri, selalu sahaja diabaikan. Tentang kasih sayang, tentang patah hati dan cinta, tentang kehidupan. Selalu sahaja menjadi “anak angkat” penyair, kerana didapati mungkin ia lewah, mungkin ia tidak menyegarkan. Tetapi yang paling sukar adalah bagaimana menulis hal-hal yang lewah menjadi luar biasa. Dan bagaimana tema-tema ini apabila dibaca, ia membangkit “sesuatu” di dalam diri pembaca. Sajak Karl banyaknya menceritakan hal-hal peribadi dan tentang kehidupan yang sering dijalani oleh sekalian manusia dan melaluinya baris demi baris, membuatkan sayantersenyum di hujung kerana betapa moleknya kata-kata dan betapa dekatnya untuk membuka diri saya sendiri.

Mukasurat dari Sebuah Dongeng Cinta

| kau dan aku adalah dongeng| yang jatuh dari rak buku| kertas-kertas yang tidak terkutip dibiarkan berselerak|sehingga angin tiba dan memisahkan kita| semakin menjauh dan menjarak| kenangan kita adalah tulang buku| yang masih tabah mencengkam halaman terakhir|sementara penjaga perpustakaan| menggantikannya dengan buku baru| buku yang akan menguburkan kisah lama| lalu melemparkan kita dalam api kelupaan|

Puisi-puisi ini meskipun emosi langitnya malam, ia bukan untuk membangkitkan kenangan, ia bukan untuk mengenang kepedihan, membaca kumpulan puisi ini, seolah-olah kata-kata nya cuba mendodoi saya, supaya tidur malam ini lebih lena, kerana kata-katanya meski ada tersinggung, tidaklah marah-marah, dan kenangan bukanlah hanya dikenang tetapi disenandungkan sehingga saya terlena dalam mimpi panjang yang manis

Cuma sahaja, ada gangguan dalam menelusuri keluk kumpulan puisi ini. Meski pun ia sebuah kumpulan puisi, dan setiap puisi boleh berdiri dengan sendiri, ia tetap harus disusun seperti sebuah cerita. Ada permulaan, menuju klimaks dan mereda. Puisi juga kata-kata dan ia juga mahu bercerita kepada pembaca. Semoga di masa akan datang, saya akan menatap sekumpulan buku puisi yang disusun dengan lebih elok lagi di masa akan datang.

Ya, puisi sememangnya hanya sebuah taman sunyi, tetapi hingar dengan kata-kata yang tidak mahu tidur. Ia akan terus menghuni tidak tahu bila mahu berhenti. Dan saya selalu berharap, taman Karl Agan akan terus sunyi dan terus menulis puisi kerna membuatkan saya berbahagia dan berlapang dada, negara saya yang tercinta punya penyair berbakat yang mendapat tempat di hati saya.


http://birungu.wordpress.com/2014/08/... Sekumpulan Epitaf \u0026 Surat-surat Yang Lewat Aku terlupa bahawa Karl Agan pandai melukis puisi sepi nan indah. Aku mau jadi seperti nya di waktu yang lain.

Terima kasih, Karl Agan buat puisi-puisi dan kata-kata yang bersahaja yang bisa memeluk hati ku yang rindu ini. Terima kasih. Sekumpulan Epitaf \u0026 Surat-surat Yang Lewat

Himpunan puisi Karl Agan.

Kata orang,
satu-satunya ubat
untuk patah hati
adalah dengan puisi.
Rupanya itu hanya mitos,
puisi hanyalah
sebuah taman yang sunyi. Sekumpulan Epitaf \u0026 Surat-surat Yang Lewat

Karl Agan µ 8 Review