Dia Lelaki Durjana By Mum Linz

Mum Linz í 8 Read

Dia

Nice plot story tp agak byk scene dewasa. Huhuhu even scene tu xmelampau sgt tp lg bagus kalo dikurangkan. Happy reading! Dia Lelaki Durjana Sebelum ini, saya kurang menggemari karya mum linz mungkin pelbagai faktor, tetapi utk naskah ini saya tidak boleh kata TIDAK. Jalan cerita yg lebih menarik dr penulis. Jika sebelum ini, buku2 penulis lebih sesuai utk golongan remaja dan muda, tetapi Dia Lelaki Durjana lebih sesuai utk bacaan dewasa dan terlebih matang. Dia Lelaki Durjana Hmmm.... pening dan sakit hati. Dia Lelaki Durjana [BOOK 149]

Dia Lelaki Durjana by Mum Linz.
.

Ni buku kelima ML yang ku baca. Dan bagi aku, DLJ yang paling bagus.
.

Cerita tentang Afrina yang dijadikan perempuan simpanan Tengku Farish kerana ayah Afrina gagal untuk membayar hutang judinya.
.

Tengku Farish ni memang kejam giler. Tapi bila dia dah insaf, dia jadi baik dan romantik giler. Dan ku suka bila Afrina 'mendera' Farish. Lama kut masa yang diperlukan oleh Afrina untuk melupakan kekejaman Farish, sebelum dia betul-betul terima semula Farish. So, Afrina ni takdelah lembik sangat.
.

Ya, Tema ceritanya memang cliché, tapi ML bijak 'twist' sikit cerita ni. Bila ku expect ceritanya macam ni, tapi rupanya macam tu.
.

Dan yang ku suka, bagi aku, ML dah banyak improve herself. Plotnya pun dah berkembang dengan baik.
.

Tapinya, buku ni banyak adegan dewasa yang ku rasa, tak sesuai untuk bacaan adik-adik bawah umur.
. Dia Lelaki Durjana

Tengku Izhan Farish, adalah satu nama yang gah. Setiap kali disebut nama itu membuatkan mana-mana perempuan akan datang menyerah diri kepadanya tanpa perlu dicari.

Dianugerahkan kesempurnaan dengan pakej rupa yang kacak, badan yang sasa dan berpoket tebal menjadikan Farish alpa dengan duniawi. Tetapi semua itu bersebab. Ada satu kisah hitam disebalik ke ‘durjanaan’ Tengku Izhan Farish.

Pertemuan tanpa sengaja dengan Afrina Zuhaira menimbulkan satu rasa di hatinya. Rasa ingin menakluki. Penolakan demi penolakan dari Afrina seakan mencabarnya.

Aku tak kira, malam ni aku nak juga hak aku. Kalau confirm kau masih virgin, esok kita kahwin. – TENGKU IZHAN FARISH

Bagi Afrina Zuhaira pula, bertemu dengan Farish adalah detik malang dalam hidupnya. Andai boleh diputarkan masa, dia takkan jejakkan kaki ke tempat dimana dia berjumpa Farish.

Dirinya terjerat dengan permainan kotor yang dicipta Farish. Hidupnya tidak ubah seperti perempuan simpanan di dalam sangkar emas. Setiap kali disentuh tanpa rela, dalam hatinya sentiasa berharap yang Farish sudi menghalalkan hubungan mereka daripada terus diselubungi maksiat.

Awak nak saya mampus? Awak nak bunuh saya? Bunuhlah. Bunuh! Saya lebih rela mati kena bunuh dengan awak dari awak jadikan saya tempat pemuas nafsu. Awak cakap saya ni jalang, habis tu awak apa?? Lelaki gila seks? Ke lelaki bernafsu binatang? – AFRINA ZUHAIRA

Dalam setiap lorong gelap mesti ada penghujungnya yang cerah. Begitu juga cerita lelaki durjana seperti Farish. Lama bergelumang di dalam dunia yang penuh noda dan dosa, hidupnya dikurniakan satu cahaya yang bakal merubah seluruh hidupnya.

Gelaran lelaki durjana yang disandang Farish tidak akan terus kekal bersamanya. Apakah sebenarnya yang berlaku? Bagaimana Farish akan berhadapan dengan Afrina setelah apa yang dia lakukan? Mampukah Afrina memaafkan lelaki durjana seperti Farish? Dia Lelaki Durjana