Bila Terlajak Sayang (Kerana Terpaksa... Aku Relakan, #2) By Umie Nadzimah

Umie Nadzimah â 1 REVIEW

Pada setiap hela nafas, hanya kamu nyawaku…Namun cinta itu adakala sangat melindungi... Sekuel novel Kerana Terpaksa...Aku Relakan.

INDAH HALINA dan TAJUL RAZIN...Mereka digelar sebagai pasangan paling romantik, macam belangkas dan tak pernah berenggang. Ya...Begitulah realitinya. Rumah tangga mereka rukun dan penuh kasih sayang. Bahagia sepanjang hari dengan kehadiran puterinya dan juga selautan kasih yang tak bertepi.

“Abang nak Indah tahu lagi dan lagi yang you are the only my wife, my love and my soul. Tak ada perempuan lain yang boleh isi hati abang.” - TAJUL RAZIN
“Yalah tu... Tipu jaga!” - INDAH HALINA

Adat manusia, apabila bahagia ada sahaja yang tidak puas hati dan dendam sana sini. Belum hilang letih pertahankan cinta mereka, muncul lagi dugaan yang melanda hidup. Dengki dan sakit hati tak pernah penat mengejar kehidupan mereka.

“Apa buruk dan kurang saya hingga tak diberi ruang lagi?” - INDAH HALINA
“Indah tak ada satu pun kurang. Indah tetap bidadari abang.” - TAJUL RAZIN

Sayang? Haruslah sayang. Haruslah cinta. Tetapi apakan daya dia? Bukan dia tidak berusaha. Bukan dia tidak pertahankan cintanya. Segala-galanya dia telah cuba. Mungkin inilah yang dinamakan takdir. Mungkin Tuhan ingin mempertingkatkan tahap imannya. Sebab itu dia diuji dengan sesuatu yang paling dia sayang. Bila Terlajak Sayang (Kerana Terpaksa... Aku Relakan, #2)

Aduh.... Sakit jiwa raga baca gelagat abg zen yg tetibe sengal tahap petala... Sib baek x munculnya watak huzaifah tue sebagai org ketiga, kalu ada, br tau itu langit tinggi ke rendah... Ngeeee... Apa2 pun syabas pada usaha si isteri yg menfuba selagi terdaya.. Weee Bila Terlajak Sayang (Kerana Terpaksa... Aku Relakan, #2) Assalamualaikum. Fuh, tarik nafas, hembuskan perlahan-lahan. Berpeluh dibuatnya baca novel ni. Menusuk ke jantung, nak tahu sebab apa? Jom geledah review saya kali ini.
Tajul Razin dan Indah Halina hidup bahagia bersama keluarganya dan anaknya, Indah Safiena. Bicara romantis tidak pernah terhenti keluar dari bibir suaminya itu. Indah Halina tahu, walau banyak mana pun kata2 manis itu diucapkan, hatinya tetap akan terpaut dan percaya akan sayang Tajul Razin terhadapnya.
Suka cerita kekeluargaan seperti ini. Tetapi, ada saja yang mendengki. Mak cik Mariah yang ditimpa kemalangan, juga Zawati yang hodoh rupanya tetapi akan menjalani pembedahan plastik buat kali kedua. Mak cik Mariah sudah bercerai dengan Encik Halim gara-gara peristiwa lalu. Lantas, Mak cik Mariah nekad merayu menyuruh Encik Halim berkahwin semula dengannya. Dan meminta izin daripada Indah Katrina, ibu Indah Halina. Persetujuan daripada ibunya itu membuatkan Indah Halina mogok dan sakit hati. Juga Dato' Safiya yang tidak suka dengan persetujuan rakan baiknya itu.
Apabila sudah bersatu semula, Encik Halim yang terpaksa menjaga Mak cik Mariah yang dalam keadaan sakit. Indah Katrina mengerti lalu membiarkan suaminya tinggal bersama Mak cik Mariah itu. Namun, ada agenda lain yang berada di fikiran black magic itu. Dia tidak mahu berkongsi Encik Halim dengan orang lain, dia akan ikat ketat2 seperti dulu supaya tidak berpaling. Ternyata usahanya itu berjaya. Selepas itu, Encik Halin sudah jarang pulang ke rumah bandar seperti selalu. Menelefon Indah Katrina apakan jarang. Dia seperti telah dimandremkan sekali lagi. Ternyata, black magic ini masih tidak serik. Begitu tamak dan mementingkan diri sendiri. Hingga Encik Halim tidak mampu berbuat apa. Niat hendak pergi melihat isterinya dan keluarga sebelah sana, tapi entah mengapa ada yang mengikatnya di sini. Apakah yang akan terjadi?
Munculnya Dato Lan atau Awang mengharu-birukan keadaan. Tambahan pula dengan masalah yang membelenggu Ilyana, turut menambahkan kemarahan Puan Sri Alia, ibu gadis itu. Dan wanita itu berjanji akan memberi pengajaran kepada keluarga Dato Safiya, dan perempuan kampung itu, Indah Halina!
Gara-gara Tajul Fahin yang masih menyimpan rasa dan melebihi perhatian terhadap Indah, membuatkan Ilyana terasa hati hingga rasa dipinggirkan. Lantas, dia terjumpa seorang lelaki, Syed Azhar. Tanpa berfikir dia berkahwin dengan lelaki itu. Itu tidak kisah, kerana dia percaya Syed Azhar yang memahami hatinya sahaja. Tapi sebaliknya, ternyata dia hanyalah isteri kedua. Bila terbongkarnya, dia diabaikan manakala Syed Azhar melebihkan isteri pertama pula.
Dato Lan memasang angan ingin menjodohkan Dang Zuria dengan Tajul Razin. Sebab utama, dia ingin mengahwini Zawati, tetapi dia harus menyuruh anaknya kahwin dahulu. Perkara yang menghubungkan dia dengan Tajul Razin berkenaan sesuatu perkara. Tajul Razin yang berminat hendak bekerjasama. Tapi Indah Halina tidak suka sebab Dato Lan seolah-olah mahu menjauhkan dia dengan suami. Nampak sangat sisi negatifnya di situ.
Tragedi berlaku serentak. Peristiwa yang hampir meragut nyawa Indah Halina, justeru membuatkan Indah Halina yang mengandung terus keguguran. Baru saja peristiwa yang membuatkan wanita itu trauma berlaku, sudah bertambah dengan perkara yang Tajul Razin mahu berkahwin dengan Dang Zuria! Lantas semua seisi keluarga kecoh dan haru biru dengan perkara itu! Indah Halina menolak dan tidak akan membiarkan suaminya berkongsi dengan wanita lain! Dan sewaktu itu, dia merelakan jika dia tidak sanggup, dia nekad hendak Tajul Razin menceraikannya saja! Tambahan pula, Tajul Fahin ikut campur masalah ini sekali.
Apa yang akan berlaku? Adakah semua kemelut masalah ini dapat diselesaikan? Atau sebaliknya? Adakah Indah Halina terpaksa merelakan sekali lagi atas apa yang menimpa dan menguji dirinya?
*********************
TAK TAHU nak review. Jadi ini je mampu. Overall, best gilalah! Suka cerita kekeluargaan macam ni. Complete, 10 bintang okey! Nak banding pertama, dua2 best. Saya suka, tapi saya lebih suka sequelnya. Feel tu meresap sampai saya pun bengang dengan Abang Zen ni! Bengang sangat. Adoiiiiii!! Hehe, daebak kak Umie Nadzimah Bila Terlajak Sayang (Kerana Terpaksa... Aku Relakan, #2) Terlalu banyak misscomunication antara suami isteri ini. Jadi lelah sangat membacanya. Saya expect novel ni akan memaparkan kisah POV tajul fahin tapi dia tak happy ending pun huhu. Lebih sukakan buku pertama Bila Terlajak Sayang (Kerana Terpaksa... Aku Relakan, #2) Best..kisah tentang Indah..bermacam perasaan dan emosi semasa membaca novel ni..geram benci suka duka.. Bila Terlajak Sayang (Kerana Terpaksa... Aku Relakan, #2) sejujur dari hati sebenar-benarnya tak berapa suka kalau satu novel yg agak meletup dan agak bagus isinya tetiba ada sambungan. terasa merudum kisahnya... cuma kali ni, puan penulis lebih santai dalam menyampaikan ceritanya. konflik kali ni ugutan yg menyebabkan abang zen indah mahu berkahwin lagi sekali. indah yang pada mulanya amat kecewa akhirnya akur. sebelum itu indah diculik di vietnam dan dia keguguran. makbulkah hasrat tajul razin untuk berkahwin lain? siapakah datuk doyok?... Bila Terlajak Sayang (Kerana Terpaksa... Aku Relakan, #2)

Bila

Asalnya nak bagi 4 bintang sebab novel ni best. Biasanya sambungan ni akan bosan tapi lain dengan Bila Terlajak Sayang ni. Tapi novel ni banyak sangat kebetulannya sama macam novel2 lain pusing2 situ je. Boleh pula si Huzaifah tu adik ipar Liyana rupanya. Walau apapun good job penulis. Bila Terlajak Sayang (Kerana Terpaksa... Aku Relakan, #2) Setelah 2 tahun diperam di dalam gerobok, akhirnya...

Menghabiskan naskah ini, perasaan saya sangat berbeza. Saya tidak membaca Kerana Terpaksa... Aku Relakan sebelum ini. Drama bersiri itu pun saya hanya tonton beberapa episod sahaja.

Abang Zen yang sangat.. (tak tahu apa perkataan yang sesuai menggambarkan lelaki ini). Auranya sangat kuat. Mungkin sebab itu digelarnya Merak Kayangan. Sayangnya melimpah ruah kepada Indah. Hairan juga kenapa Abang Zen boleh berhajat menduakan Indah sedangkan di hatinya sudah penuh dengan Indah, Indah dan Indah. Masakan muat lagi untuk Dang Zuria menyendeng.

Indah Halina, sangat menjaga maruah suami dan keluarga. Setiap tindakannya terlebih dahulu memikirkan perasaan keluarganya. Oh, indah sungguh peribadinya, sesuai dengan nama Indah itu.

Kisah kasih sayang keluarga yang sangat indah dan membahagiakan. Tolak tepi si Wak Doyok, Puan Sri Yan (meroyan), dan dua beranak hati tak suci itu. Yang lain, memang superb.

Kak UN, saya jatuh cinta lagi dengan tulisan kak UN!!! Bila Terlajak Sayang (Kerana Terpaksa... Aku Relakan, #2) Saya memang minat Kerana Terpaksa...Aku Relakan(KTAR), baik novel mahupun dramanya. Bila dapat tahu yang Umie Nadzimah membuat sambungan untuk KTAR ni, saya gembira sangat. Nampak je buku Bila Terlajak Sayang ni kat kedai buku Larkin, terus saya sambar. Dan ternyata, sangat berbaloi! Bahagiaan awal buku tersebut, awwww sweet sangat, tetapi ianya terlalu panjang bagi diri saya. Saya hampir memberikan 4 bintang untuk buku ini kerana sebab yang satu ni. Tetapi, melihat kepada story flow yang baik, dan juga konflik yang kukuh untuk sesebuah novel kesinambungan, saya rasa novel ini layak diberikan 5 bintang. Rasanya sangat susah nak berhenti membaca buku ni apabila saya sudah sampai kepada puncak cerita ni. Yang membuatkan pendirian saya lebih kukuh untuk berikan 5 bintang adalah plot twist yang hebat sekali. Saya rasa, wow, mindblown.


Jadi kepada sesiapa yang belum baca, saya memang recommend sangat sangat untuk anda membaca novel ini, ye?
Terima Kasih. Bila Terlajak Sayang (Kerana Terpaksa... Aku Relakan, #2) tahniah pada kak UN..tulisan kak UN memang tak pernah mengecewakan pembaca... Bila Terlajak Sayang (Kerana Terpaksa... Aku Relakan, #2) Bila Terlajak Sayang. Kesinambungan yang saya kira berada pada tahap berjaya. Penulis bijak dalam menyusun jalan cerita sehinggakan semua watak dilakarkan dengan sebaik mungkin. Dendam Puan Sri Alia, Jijiknya sikap Datuk Dahlan berjaya buatkan saya sakit hati. Begitu juga dengan anak-beranak puaka tu! Bagaimanapun, kisah kasih Razin dan Indah tetap juga utuh walaupun diuji dengan kehadiran Zuria dan Huzaifah. Tahniah buat penulis! Bila Terlajak Sayang (Kerana Terpaksa... Aku Relakan, #2)